Pagi ni terasa gegaran di opis,
Cuma rasa sedikit je,
Mula2 confius jugak, aku yang pening atau mmg ada gegaran,
Tapi bila check balik, memang ada gegaran pagi ni.
Dengar citer kat Presint 1, opis yang dekat ngan tasik, semua lari turun bawah.
Menakutkan je bunyi... Ishh..kalau la betul kuat kat opis aku ni, mahu tak tau nak buat apa..
Sebab masa tu aku sorang je kat opis ni!
Detail gegaran :
Tarikh : 14 Jun 2011
Masa : 8.08 pagi
Lokasi : Sumatera Utara
Latitud : 1.8
Logitud : 98.8
Magnitud [Skala Richter] : 5.5
Kategori : Sederhana
Jarak : 9 km barat laut Sibolga, Indonesia. 330 km barat daya Klang, Malaysia.
Eh..tau tak selama ni kita selalu kena tempias gempa bumi ni... cuma ada segelintir kita je yagn tak tau..
Kalau nak tau detail boleh klik kat Laman Web MOSTI.



No comments:
Post a Comment