Mana yang mengikuti dunia fashion especially yang dok adore ngan pereka fesyen Malaysia pasti tahu kali ni rina nak story apa...
Baru-baru ni pereka fesyen Malaysia kita iaitu Jovian Mandagie telahpun melancarkan baju-baju raya yang mampu dimiliki oleh semua. Kalau idok jgn haraplah kita ni semua nak merasa baju pereka fesyen terkenal mcm ni.. Always baju artis yang dia selalu buat ialah Dato Siti Nurhaliza dan Ning Baizura..
Harga dah tentu beribu riban.
Terima kasih byk2 kat Jovian sbb bagi kitaorg yang kurang berpendapatan ni merasa jugak...Harga sangat reasonable... dari RM180 - RM400.
Sebenarnya dari Batch pertama Jovian keluarkan baju raya ni dah meroyan rasanya nak beli.
Tapi cepat habis jdnyer lupakan hasrat nak pakai time raya aidilfitri hari tu.
Hari2 aku dok refresh kat instagram tengok orang dok bergaya ngan baju Jovian ni..
Tergugat btul iman aku nengok semuanya cantik2 belaka...
So, bila Jovian ambil pre-order untuk raya haji, aku tak nak lepaskan peluang...
Nasib la Thepoplook buat pre-order... Dapatla rembat baju idaman ni..
Actually berkenan kat lain tapi bila nak click aje terus sold out..
Jadinyer pilih la Jeevana..
Disebabkan raya aidilfitri tahun aku tak dapat lah sedondon ngan laki aku makanyer rasa nak rembat sehelai baju melayu colour yang sama... Confirm laki aku kata membazir ni... Over kau raya haji pun nak beli baju melayu gak...huhuhuhuh.... Lantak! aku beli senyap2 je kang...alih2 pagi raya aku paksa dia pakai...
( Eh..sapa2 kenal laki aku tu tolong rahsiakan ye...hehehehe...) #bajet laki tak baca blog aku ni.
Ye la tak kan bini je nak melaram.... laki pun kena jg penampilan gak kan...huhuhuh....
Apapun tak sabar nak tunggu baju dari Jovian Mandagie ni... raya sakan la aku tahun ni wei...
Jangan jelous tau! Akak nak melaram tahun ni...
Jeevana by Jovian RTW
2 comments:
cantik. raya haji pun ada baju raya baru hehehe....
kak yus - hehehe... tau tak pe.. padahal tak raya mana pun.. over kan...
Post a Comment