Bila Suami Isteri Bersalaman maka....
GUGURLAH SEGALA DOSA
Rasullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud :
" Seorang Isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitu besarnya harga sebuah senyuman seorang isteri kepada suaminya malah lebih bermakna senyuman itu diberikan kepada suami kepenatan pulang dari kerja.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Rasullah bersabda, yagn bermaksud : " Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Doa mohon amalan diterima dan peroleh rezeki yang halal :
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima serta rezeki yang halal lagi baik."
No comments:
Post a Comment