
PERSEDIAN IMAN
Hakikatnya jika kita memaksa Allah SWT mengabulkan setiap permintaan boleh jadi kita yang jahil ini terkorban kerana kebodohan akal yang mahu menyelongkar hikmah di sebalik ilmu Allah SWT, Bukankah zuriat itu termasuk rahsia ilmu-Nya yang hanya Dia saja layak memutuskan apakah kita bersedia aatau tidak menerima kehadiran zuriat sekarang, besok atau tidak sama sekali?
"Dan pada sisi Allah Taala Juga kunci-kunci semua yang ghaib ." ( Surah AL-Ra'd:59)
Jangan sesekali umpatan orang merubah keimaanan kita kepada Allah SWT sehinggakan keluar dari lidah kita keluhan dan kata-kata kufur kepada Allah SWT.
BERDOA
Ramai yang sudah jemu berdoa tetapi tidak jua termakbul. Apakah Allah tidak mendengar doa kita padahal Dia telah menegaskan tentang diri-Nya di dalam Al-Quran:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.( Surah al-Baqarah :Ayat 186)
Kalau diteliti ayat di atas, syarat dia dimakbulkan adalah hendaklah mereka memenuhi perintah Allah SWT dan beriman kepada-Nya dan berada dalam kebenaran. Mungkin usaha kita mendekati-Nya belum sempurna, rasa syukur belum dipersembahkan dengan baik, rasa tawakal belum diserah habis.
Jika doa terus dimakbulkan ianya bukti kasih Allah SWT kepada kita, doa kita yang ditangguhkan tanda Allah suka mendengar rintihan kita dan menjadi tanda kasih-Nya jua. Doa yang tak dimakbul pula hakikatnya Dia sedang merancang yang lebih baik untuk kita dan itu pun isyarat kasih-Nya kepada kita.
Sumber : Dr. Haji Juanda Bin Haji Jaya
Bersambung friday......
No comments:
Post a Comment