" Jika Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu, Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, dan Jika Allah tidak makbulkan doamu bermakna Dia sedang merancang yang lebih baik untukmu."

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
My Journey of Joy
12 Dec 2012

Thursday, February 2, 2012

Petua dari segi pemakanan untuk yang nak hamil

Assalammualaikum & Hye uolls,

Do i look like preggy mama? hehehehe


Hari ni rina terbuka hati nak berkongsi serba sedikit petua yang rina tahu untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang bercadang atau hendak hamil. Tak kira yang baru nak hamil ataupun nak menambah quota.

Petua-petua ni cuma pengetahuan am rina yang rina perolehi dari Doktor-doktor yang pernah rina jumpa untuk dapatkan suggestion untuk hamil.

Tahukah anda semua sebernanya pemakanan yang kita ambil setiap hari blh meperngaruhi kesuburan dan sistem dalam badan kita?

Ya, selepas berjumpa dengan Doktor, dan rina amalkan apa yang di suruh selama sebulan, Alhamdulillah, ia meninggalkan kesan yang baik pada tubuh badan rina.


Berikut adalah senarai makanan yang JANGAN DIAMBIL bagi anda yang benar-benar ingin hamil :


  1. Air Soya
  2. Tempe
  3. Ayam Telur @ Ayam Bandar
  4. Kfc
  5. Mc'd
  6. Pizza
  7. Makanan Fast Food yagn seangkatan dgnnya..
  8. Biskut
  9. Roti Canai
  10. Kacang
  11. Jeruk @ Makanan Masam
So, itu serba sedikit antara makanan yang rina tak ambil dalam tempoh sebulan ini dan berjaya mengikut pantang larang tersebut. Makanan ini bukanlah tak boleh diambil terus tapi bagi yang hendak hamil, ia adalah persediaan agar senang untuk hamil. So, after u dah beranak bolehlah makan makanan dekat atas ni k..

Mesti ramai yang pelik kenapa AIR SOYA tak boleh minum sendagkan ia adalah minuman yang berkhasiat. Untuk pengetahuan semua, air soya adalah makanan yang paling dikeraskan oleh Doktor untuk tidak diamalkan. Ini kerana, air soya dahulu tak sama dengan air soya sekarang. Bahan pengawetnya lebih tinggi dari khasiatnya. So, ia boleh menjejaskan kesuburan suami mahupun isteri.

TEMPE plak adalah sejenis makanan yang boleh membuatkan anda semua kurus! Ya, jgn tak percaya, kerana tempe lah keluarga rina majoriti kurus sbb Abah rina datang dari keluarga yang menjual tempe. So, masa kecik-kecik kami tolong abah buat tempe... sambil tu sempat menggatah kacang tempe tu... Sebab tu kami slim melim! hehehe.... Ok, tempe juga tak sesuai untuk yang nak hamil

AYAM TELUR @ AYAM BANDAR adalah ayam yang disuntik! Sangat tak sihat makan ayam ni... Khasiat ayam ini juga tak baik untuk kesuburan kita..sebab ayam ni sudah disuntik dengan satu hormon dan boleh matikan kesuburan kita. So, makan ayam kampung je!


Seperti yang kita tahu FAST FOOD pula memang bukan makanan yang berkhasiat. Tapi hanya untuk kenyang dan cepat sahaja. Tapi makanan ini lah yang sebernanya menyebabkan segala saluran rahim kita tersumbat! Kalau tersumbat mcm mn plak nak hamil kan! So, katakan tidak pada KFC, Mc'D, Pizza dan seangkatannya!


ROTI CANAI pula kalau diamalkan selalu akan memberi kesan pada tiub kita juga. Doktor kata tiub blh tersumbat sbb ia mengandungi marjerin. KACANG pula akan membuatkan perut kamu buncit! Serius! Kesan dia dapat dilihat. En Suami suka sangat makan kacang..tak kira la apa jenis kacang pun. Then Dok suruh stop ambik kacang... Kesannya, perut semakin kempis! Cuba amalkan sebulan dan tengok kesannya bagi yang suka sangat kunyah kacang-kacang ni!


So, ini serba sedikit info yang rina blh kongsi.
Pada yang nak cuba amalkan, selamat berjaya!



Jangan tertipu! itu illusi baju semata-mata!

7 comments:

lovely said...

boleh tak nak link kan tajuk blog rina ni. sbb nak bagi petua ni pada member2 yg memerlukan.... plz..

cujern said...

alaaaaaa....tu semua makanan feveret!!

Errina.Rahim said...

Lovely - blh.....

cujen - tahu tak pe.... tapi demi yang satu tu kena la ikut pantang larang ni...hehehe

lovely said...

maaf just nak tanya.. rina mengandung ker?

Errina.Rahim said...

LOVELY - Belum lagi la kak...hehehe...

Lurvenuqmans said...

now i know...
thats why la pwot haku macam org preggy 3 bulan.
keh3..
kacang & aku memang xpat dipisahkan.
bio la moncet pon... kacang tetap besh! ngeeee

Errina.Rahim said...

Aliah- apa lagi...tinggalkan la kacang itu! perut buncit....kehhh...keh...