Rasanya belum terlambat lagi untuk update mengenai azam 2012.
Baru terhegeh-hegeh nak tanam azam baru ni.
Bukan apa, lama dah senaraikan azam ni, masa masuk je tahun baru hari tu dah terpikir perkara ni semua tapi tak berkesempatan lagi nak update kat blog ni untuk dikongsi bersama.
Jom kita sama2 tanam azam, Insyaallah moga tertunailah azam ini pada tahun ini juga.
Tapi semuanya perancangan sahaja, Allah yang tentukan segalanya..
Azam Errina bagi tahun 2012 adalah :
1. Anak
- Insyaallah.....kalau ada rezeki tahun ni Alhamdulillah. Setakat ni masih berusaha lagi dan tak pernah putus asa.
2. Dunia & Akhirat
- Umur makin lanjut, rina sedang berusaha perbaiki diri ke arah kebaikan dan sentiasa bertaubat kepada Allah.
- Ingin memperbaiki diri untuk menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami dan ibu bapa. Insyaallah.
3. My Work
- Tahun ni cuba pertingkatkan mutu kerja agar menjadi pekerja yang berdedikasi dan cemerlang. Insyaallah.
4. Own Business
- Insyaallah, semangat dah ada nak bukak bisnes online secara part time, Sekarang tgh cari produk yang sesuai untuk opening boutique. Dengan bisnes ni blh tolong En Suami cari side income dan dalam masa yang sama naikkan taraf hidup rina yang semakin boros ni....hehehehe
5. New Car
- For our next anniversary, hope blh naik kete baru.. hehehehehe... Insyaallah klu tak de aral melintang dalam tahun ni kami nak naikkan taraf pengangkutan kami ke arah keselesaan.
6. Iphone 4s @ Samsung Galaxy
- Memandangkan Bisnes yang nak dibuat pun secara online, maka sangat-sangat mengidamkan gadjet ini untuk memudahkan perjalanan bisnes akan datang. Senang nak angkut kehulur kehilir....
Setakat ni, ini sahaja azam rina untuk tahun 2012, apa yang penting azam pertama tu sangat diutamakan. Harap2 doa kami akan dimakbulkan oleh Allah...
No comments:
Post a Comment