" Jika Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu, Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, dan Jika Allah tidak makbulkan doamu bermakna Dia sedang merancang yang lebih baik untukmu."

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
My Journey of Joy
12 Dec 2012

Thursday, January 5, 2012

Sunway Lagoon! Family Day!

Assalammualaikum & Hye uolls,

Hujung tahun adalah masa untuk bergembira.
Sebab cuti sekolah... Masa untuk bersama keluarga.
So, memandangkan kakitangan di pejabat kami tak ramai, dengan beraninya menghantar proposal kat bos mintak sponsor penuh untuk buat family day!
Terus bos setuju! sayang bos!
Penginapan dan mainan semua di tanggung!
Seronok-seronok!
Lain tahun minta sponsor lagi ye...kali ni nak g jauh-jauh skit...
Jangan berangan! tahun depan tukar Dato lain plak...huhuhuhu

Sabtu, jam 9 pg masing2 berkumpul sbb nak konvoi sama-sama...
Seronok rasanya g konvoi ni...
Pkl 10 lebih mcm tu dah sampai....terus uruskan check in hotel dan tiket masuk.
Masa check in agak slow skit sbb kn tunggu byk prosuder...

Kitaorg menginap kat Piramid Sunway Hotel.....
Bilik dia sangat2 puas hati.... cantik dan selesa.
Terasa mahu duduk lama-lama je...




Check In Hotel

                                                                                 Our Room


Actually check in sepatutnya pkl 4.00 petang tp kitaorg dah mintak nak check in awal..
Lepas check in terus letak barang...
Budak-budak dah tak sabar nak main air....

Tiket masuk ke Sunway Lagoon bagi :
Dewasa RM 60.00
Kanak-kanak RM 48.00

Waktu Operasi : 10pg - 6.00 petang shj...

Jom jelajah Sunway!

                                                          Petunjuk Arah! So, tak sesat


Memandangkan sampai pun dah agak tengahari, maka kitaorg decide jalan-jalan dulu kat 2 park ni.. Petang baru mandi-manda...

Sunway WildLife

Wildlife terdapat 150 spesies haiwan dari seluruh dunia.... Kat sini uolls boleh kenal haiwan-haiwan yang jarang kita jumpa...

Antaranya spesies burung merak yang cantik...berada di luar kandang..so, blh tgk dekat2 dan ambil gambar...

Antara yang menarik kat Wildlife adalah

  • Tiger Adventure
  • Ko Pond
  • Rimba
  • Village
  • Aviary
  • Jungle Trail
  • Nature's Wal
  • Tree Top Terrace
  • Butterfly Valley
  • Bird Savannah
  • Elephant Walk
  • Wildlife Theater
  • Lake Monster
  • Train Station
Penunjuk Arah



Pintu Masuk


Hubby


Hubby with Burung Kakak Tua


                                                                                   Errina


Amusement Park

Di Amusement Park, terbahagi kepada 2 tempat yang blh dilawati iaitu Wild Wild West dan World of adventure...
Kat sini kitorang banyak gak main permainan...selebihnya jelajah sambil ambil gambar je...



Wild Wild West

- Tempat ni adalah tempat orang Red Indian...So, kat sini korang akan jumpa

  • Alamo
  • Vultures
  • Butch Cassidy Trail - Yang ini je sempat dinaiki... duduk kat dlm kasut besarrr....
  • Colorado Splash
  • Grand Canyon River Rapids
  • Buffalo Bill Coaster
  • Niagara Falls Flume Ride
  • Shooting Gallery

                                                                                          Red Indian


                                                                           Jangan pancung saya!



World of Adventure

Kat sini plak permainan lagi menarik... agak mencabar gak tapi byk2 mainan kat situ kitaorg naik yg paling tak mencabar...huhuhuh...sebab ms tu dah pening dan gayat...

Antara yang menarik kat sini :

  • Wagoon Wheel
  • Fun Fair
  • Carousel
  • Lost City of Gold
  • Pirate's Revenge
  • Apaache Pots - Ini je la kitaorg naik... Pening oooo...pusing2....
  • Pedestrian Suspension Bridge - jambatan gantung ni jauh wei..... gayat gak sbb tinggi!
  • Tomahawk

                                                                   Enterance Lost City of Gold

                                                                            Tomahawk

                                                                            Wagon Wheel






                                                              Pedestrian Suspension Bridge



SCREAM PARK








SURF BEACH


Sebelah petang plak kitaorg ke Surf Beach... Terbahagi kepada 2.... Waters of Africa dan Water Park.
Bila dah mandi -manda memang la seronok...
Siap ada persembahan lagi sambil santai2...
Siap joget-joget lagi dalam air...

Pengalaman tak boleh lupa bila tiba2 hujan lebat turun tapi kami tak berganjak pun..
Selamba je main air dalam hujan...huhuhuhuh....
Memang seronok wei...sampai menggigil-gigil...
Cuma masa kat sni tak banyak gambar ambil sbb tak bawa kamera..
Ye la...kang kena air rosak plak...huhuhuh


Waters of Africa





Water Beach




Last but no least
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hadiah cenderamata untuk dibuat kenangan!
RM35.00 ONLY




Sekian, Terima Kasih.






No comments: