" Jika Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu, Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, dan Jika Allah tidak makbulkan doamu bermakna Dia sedang merancang yang lebih baik untukmu."

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
My Journey of Joy
12 Dec 2012

Tuesday, May 17, 2011

PERMATA KETUJUH

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BERCAKAP BANYAK

Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai,
lantas mengapa kita biarkan kesedihan mencekik dan membunuh kita?



Hindari lah diskusi atau debat yang tidak berguna dalam menyempitkan dan menodai kesucian hati nurani. Janganlah anda berusaha untuk memuaskan manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. ungkaplah pemikiran anda dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah yang masam.

Hindarilah sikap banyak membantah dan mengkritik. Perkara itu akan menghilangkan ketenangan hati anda dan membuat wajah anda tidak cerah. Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika anda ingin menarik hati dan jiwa orang lain.

Perkara lain yang boleh mendatangkan kesusahan dan kesedihan pada diri anda adalah mengumpat orang lain, memperkatakan perihal mereka, mencela dan menghina mereka kerana perilaku ini akan menghilangkan pahala mendatangkan dosa serta menjauhkan ketenangan dalam diri anda.

Sebaliknya, sibukkan lah diri anda dengan memperbaiki cacat cela ('aib) diri anda sendiri. Jangan pedulikan aib orang lain. sesungguhnya Allah subhanahu wa Ta'ala tidak menciptakan kita sebagaai seorang yang maksum kerana maksum hanya dimiliki oleh Rasul-Nya. kita semua memiliki dosa dan 'aib, maka berbahagialah orang yang sibuk dengan aibnya sendiri dan tidak menyibukkan diri dengan memperkatakan atau menilai aib orang lain.



Kredit from JANGAN BERSEDIH ( ANDA BOLEH MENJADI WANITA PALING BAHAGIA )
Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Qarni


No comments: