" Jika Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu, Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, dan Jika Allah tidak makbulkan doamu bermakna Dia sedang merancang yang lebih baik untukmu."

Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
My Journey of Joy
12 Dec 2012

Saturday, August 23, 2008

Merisik - 23 August 2008

Adat Merisik…





Sebelum ni aku tertanya2 bagaimana adat merisik itu… Namun kini terjawab akhirnya apabila ia berlaku sendiri padaku..Akhirnya aku disunting jua oleh org yg aku sayang

Tanggal 23 August 2008 pada hari Sabtu tepat jam 8.00 mlm…

Family amer bersama2 wakilnya tiba di hadapan rumahku.. Dikala itu Hanya Tuhan je yg tahu bagaimana perasaan ku..berdebar2…

Aku dengan ayunya menyarungkan baju kurung berwarna pink serta bertudung…
Wakil dari Family amer yg datang pd mlm itu terdiri daripada Bilal bersama isterinya, Mama dan Papa Amer, Along serta Tunangnya.. Disebelah aku pula kawan2 Mama yg begitu ramai mengalahkan hendak bertunang pula.. hehehe.. Katanya ingin melihat sendiri bagaimana adat merisik al maklum lah masing2 tidak ada pengalaman..anak2 masih remaja.. hehehehe…
Perbicaraan kata2 dimulakan dari pihak amer dengan kata hormat memberi salam serta doa.. maka bermula lah perbincangan bagi menyunting bunga di taman Papa dan Mamaku.. Papaku diwakili oleh Jiranku iaitu En Sulaiman.. Nasib baik ada dia, Klu x lintang pukangla papaku.. Almaklumlah tiada pengalaman.. Aku rasa Papaku juga berdebar.. hehehe.. Tapi Papa betul2 Excited… Apa x nyer..siap pakai baju melayu satu set dan songkok..Awal2 dah siap menunggu tetamu diluar.. Mengalahkan orang yg kn pinang plak..hehehe… di usik oleh kwn2 Mama…
Perasaan aku dikala itu hanya Tuhan je yg tahu…berdebar2, x keruan.. aku kedepan..kebelakang..hehehe..sehingga kan adikku anis menyuruh aku relaxs.. akhirnya aku mengalah dan duduk menunggu bulan jatuh ke riba…

Kedengaran Bilal siap berpantun2 memulakan bicara.. Aku x pasti sama ada wakil Papa membalas nya atau pun tidak… hehehe..
Kemudian sedang leka duduk..aku dipanggil oleh mama Amer..Aku mula kaget dan tidak tahu untuk buat apa.. Mama amer mengatakan sekrg sudah moden x yah malu2 duduk kat belakang tu" Aku hanya mampu senyum sahaja..

Dengan penuh kesopanan..aku melangkah dengan perlahan mengadap Mama Amer.. Semua mata memandang ke arah ku.. Malu juga..merah mukaku..namun aku tempuh..Kemudian mama amer mengeluarkan bekas cincin dan mengeluarkan Sebentuk Cincin emas bertahta kan batu permata dan menyarungkan ke jari manis ku.. dan Mama amer terus menciumku.. Aku terharu di kala itu..dan terus mencium tangan mama amer.. Mama amer betul2 menyanyangiku dan menerimaku.. Perasaan aku dikala itu betul2 gembira dan sedih…

Kulihat mamaku juga sedih melihatku..aku tahu perasaan mama di kala itu.. sedih kerana akan berpisah dgn ku.. Mama pernah berkata..Mama amer pernah memberitahu mama yg dia betul2 sayangkan ku..dan anggap aku seperti anaknya sendiri.. Dia tidak mahu aku jatuh ketangan org lain..kerana dia tahu Amer betul2 sayangkan ku..
Selesai menyarung cincin, majlis makan pun bermula dengan bacaan doa selamat.. Mama dan kwn2nya awal2 rewang masak Nasi Minyak.. mengalahkan majlis kawin plak.. hehehe…
Pertunanganku di tetapkan selepas raya.. X sabar rasanya nak jd Tunangan orang.. Heehehe.. Al maklum lah org yg kita sayang..

Selesai sahaja majlis makan2..Family amer pun meminta diri..

Maka bermulalah kehidupan yg baru bagiku.. aku harus tempuh segalanya dengan penuh sabar.. Melangkah ke alam yg lebih mencabar..

My Engagement Ring


Sesi Merisik sudah selesai...


Bersama Jiran2 yang byk membantu


Menu : Nasi Minyak



"Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kepadamu kerana melancarkan majlisku dengan baik..dan aku bersyukur kepadamu kerana menganugerahkan ku keluarga yg baik dan penyayang.. Aku berdoa kepadamu Kau bimbing lah aku ke jln yang benar dan aku berdoa kepadamu jdkan lah aku anak yang taat kepada ibu bapanya.. Ya Allah, Aku bedoa kepadamu kau jdkanlah aku Isteri yg soleh dan taat kepada suaminya.." Aminn…

No comments: